Klik aje le

Sunday, July 24, 2016

Obama pertahan rakyat AS Muslim


Barack Obama

23 JULAI 2016


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mempertahankan pendatang Muslim kepada negara itu dan menegaskan sebarang diskriminasi terhadap agama Islam umpama menyokong pengganas, lapor Reuters.

"Rakyat Amerika Muslim sama patriotik seperti rakyat Amerika yang lain.

"Tidak kira keluarga anda sudah bergenerasi di sini atau anda pendatang baharu, anda adalah lapisan penting negara kita," katanya dalam satu majlis di Rumah Putih kelmarin bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Pentadbiran Obama berdepan kritikan atas rancangan untuk menerima sebanyak 10,000 pelarian Syaria ke AS pada tahun ini dengan beberapa pemimpin Republican memberi amaran usaha itu berisiko membawa masuk pengganas yang menyamar sebagai pelarian.

Calon presiden Republican, Donald Trump mencadangkan larangan sementara untuk orang Muslim memasuki negara itu selepas seorang lelaki Muslim AS dan isterinya membunuh 14 orang di San Bernardino, California, tahun lalu.

Walau tidak menamakan Trump secara spesifik, Obama mengatakan dasar-dasar diskriminasi terhadap Muslim seolah-olah menghina nilai-nilai yang menjadikan AS negara yang hebat.

"Dengan hanya menuding jari ke arah Muslim Amerika ia umpama ditipu pengganas seperti IS iaitu Barat sedang berperang dengan sebuah agama yang dianuti lebih sebilion orang. Itu bukan langkah keselamatan yang bijak," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...