Klik aje le

Saturday, July 16, 2016

P. Ramlee kaya penghormatan




Karyanya lebih berharga berbanding wang ringgit
15 Julai 2016 4:00 PM


DALAM sibuk bercuti, timbul pula kisah penerbit filem paling aktif ini khabarnya menghina kehidupan Seniman Agung kita, Tan Sri P. Ramlee. Kalau sekali imbas, Joyah juga boleh naik angin dengan kenyataan David ini. Katanya penggiat seni kena beringat, takut pengakhiran hidup kelak macam P. Ramlee. Miskin dan hidup melarat. Itu yang Joyah fahamlah, tetapi kata David bukan itu yang cuba dia maksudkan. Salah faham katanya, entahlah.


Joyah juga hairan, dengan jumlah karya hebat sepanjang zaman, P. Ramlee masih juga diingati sebagai seorang yang melarat di hujung kehidupannya. Mengapa agaknya ya? Berbalik kepada perkara ini dan melihat isu ini dalam konteks yang berbeza. Joyah tidak nafikan kisah kehidupan P. Ramlee sungguh dekat dengan kita. Tetapi dalam masa yang sama memberi pengajaran kepada kita untuk sentiasa menghargai anak-anak seni yang sudah lama bertapak dalam industri ini. Sementara mereka masih ada, apa kata kita terus raikan jasa yang sudah diberikan. Hapuskan budaya untuk menghargai mereka hanya selepas mereka tiada.

Ambil iktibar daripada apa yang kita sudah lalui. Pihak-pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengambil langkah yang lebih tepat kali ini. Agar tiada lagi kisah kehidupan sedih seorang seniman seperti P. Ramlee.

Memang benar ada yang mahu menegakkan, nilai seni P. Ramlee itu lebih berharga berbanding wang ringgit. Joyah juga tidak nafikan, perkara itu. Malah sampai kini tiada siapa yang mampu meletakkan nilai seni P. Ramlee berada pada tahap yang sama. Namun dari segi logik, kala itu kepincangan hidup insan hebat ini juga tidak setaraf dengan pemberiannya kepada industri. Sekali lagi Joyah tegaskan, bukan ini caranya untuk kita mengingati penghibur hebat sepanjang zaman ini sepatutnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan/p-ramlee-kaya-penghormatan-1.353482#sthash.KoQ8NnN4.dpuf

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...