Klik aje le

Saturday, July 23, 2016

Pas solat hajat demi keselamatan negara, SPRM


Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bercakap kepada media, di ibu negara, hari ini. - Foto Sinar Online oleh RAZIATUL HANUM A.RAJAK

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
8 Ogos 2015

KUALA LUMPUR - Pas mengarahkan jentera-jenteranya mengadakan solat sunat hajat di seluruh negara bagi mendoakan keselamatan negara dan pegawai-pegawai kerajaan yang menjalankan tugas.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya dukacita dengan apa yang berlaku terhadap pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) semalam.

"Pas melahirkan rasa dukacita atas ugutan dan tekanan terhadap pegawai-pegawai SPRM yang dibuat bagi melindungi siasatan ke atas isu 1MDB.

"Sehubungan itu, Pas memutuskan untuk mengarahkan seluruh markas-markas Pas mengadakan solat hajat untuk mendoakan keselamatan negara dan pegawai-pegawai kerajaanagar mereka ini dilindungi dan supaya hak mereka menjalankan tugas itu dapat berjalan tanpa gangguan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan parti itu, hari ini.

Semalam Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Rohaizad Yaakob ditukar serta-merta ke Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum ini Bahri dalam satu kenyataan menegaskan akan mencari dalang yang mengarahkan penahanan pegawai SPRM yang terlibat dalam penyiasatan melibatkan SRC International Sdn Bhd.

Manakala Rohaizad pula menyambut baik sokongan yang diberikan oleh pemimpin pembangkang yang hadir beramai-ramai ke Ibu Pejabat SPRM bagi menyatakan sokongan kepada kakitangan agensi penguatkuasaan berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dua pengarah SPRM diarah tukar serta merta]

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim mendakwa tindakan itu sebagai usaha untuk menutup siasatan skandal 1MDB.

"Pas memandang serius berhubung tindakan itu dan kita anggap (sebagai) usaha menutup siasatan 1MDB. Sekarang ini kita lihat segmen siasatan hampir terhenti semuanya.

"Pas melahirkan kebimbangan terhadap perkara ini kerana ia mencetuskan suasana yang tidak harmoni, ketakutan kepada kakitangan kerajaan dan usaha untuk menutup perkara yang berlaku," katanya.

Malah katanya tindakan itu semakin meletakkan negara pada tahap yang sangat kritikal.

"Hari ini kita lihat Ringgit Malaysia turun menjunam dan rakyat semakin hari semakin marah. Pegawai kerajaan juga sekarang ini tak selamat," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...