Klik aje le

Saturday, July 23, 2016

Popov jawab aksi mafia


Velizar Popov

WARTAWAN SINAR HARIAN
22 JULAI 2016


KELIBAT garang dan bengis pengendali Kelantan, Velizar Popov mencuri perhatian ketika pasukannya turun beraksi menentang Selangor di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Dalam perlawanan itu, Popov banyak kali menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pengadil sehingga dia diberi amaran.

Mengulas tindakannya itu, Popov berkata, itu sebahagian tugasnya sebagai jurulatih.

"Saya hanya melakukan tugas saya dengan memberi reaksi dan pendapat. Ada beberapa keputusan yang saya lihat kurang wajar dan saya cuba menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan itu.

"Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut keputusan pengadil malam ini (kelmarin). Biar dia lakukan tugasnya dan saya lakukan tugas saya sebagai ketua jurulatih," ujarnya.

Dalam perlawanan itu, pelawat bangkit ketinggalan 1-3 untuk mengikat keputusan seri 3-3 di minit akhir perlawanan.

Bagi Popov keputusan ini lebih daripada cukup dan bangga dengan semangat juang tinggi dipamerkan pemainnya.

"Falsafah saya mudah. Saya dan pasukan tidak akan sesekali bermain secara bertahan. Kami akan terus menyerang dan inilah hasil yang kami dapat.

"Kalau kami mengamalkan corak bertahan pastinya keputusan malam ini berbeza. Apa pun saya amat berterima kasih kepada pemain yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan berjuang sehingga minit-minit akhir," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...