Klik aje le

Sunday, July 17, 2016

Sheikh Ali Al-Qurrah Daghi Kutuk Serangan Di Nice, Gesa Hollande Mohon Maaf Atas Kenyataan Diskriminasi



Antarabangsa
July 16, 2016 12:28 pm
QATAR: Sheikh Ali Al-Qurrah Daghi mengutuk serangan yang berlaku kelmarin di Nice, Perancis yang telah meragut lebih daripada 84 nyawa serta mencederakan ramai yang lain.

Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia itu juga turut menyelar kenyataan Presiden Perancis, Francois Hollande, yang mengatakan bahawa negara itu diancam keganasan militan Islam sedangkan siasatan penuh belum selesai dijalankan dan penyerang belum lagi dikenalpasti.

Menerusi laman sosial Twitter, beliau dipetik berkata:

“Syarak dan Akal manusia yg waras pasti akan mengutuk serangan di Nice!”

“Kami juga mengutuk kenyataan Hollande yang menyifatkan serangan itu sebagai ‘keganasan Islam’! Agama Islam tidak ada kaitan dengan pembunuhan orang yang tidak bersalah!”

Rentetan kenyataan yang dikeluarkan Presiden negara itu, Sheikh Ali Al-Qurrah Daghi juga menggesa Hollande memohon maaf dengan serta-merta kerana mengeluarkan kenyataan berbaur diskriminasi itu.

“Hollande perlu segera memohon maaf atas kenyataan diskriminasi beliau itu! Jika tidak, kami akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau sekiranya berlaku ketegangan ke atas umat Islam di Perancis dan Eropah.”

Beliau juga menyeru supaya dunia tidak bersifat prejudis terhadap umat Islam atas kebodohan sesetengah pihak sedangkan agama itu tidak pernah memukul rata jenayah penjajahan ke atas penganut agama Kristian.

“Adakah munasabah untuk memukul rata kebodohan golongan yang mempergunakan agama Islam ini ke atas lebih 1.7 bilion umat Islam?! Pernahkah kami meminta penganut Kristian bertanggungjawab ke atas jenayah penjajahan (yang berlaku di negara-negara Islam)?”

(Pautan asal: http://iumsonline.org/ar/aboutar/newsar/lkrh-dghy-ndyn-hgom-nys-oaal-aolnd-laatthr-aan-tsryhh-laansry/)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...