Klik aje le

Sunday, July 17, 2016

Wanita cari jodoh bertambah


ZAINUDDIN




SYUKRI SHAARI | 16 Julai 2016 1:06 AM


KUALA LUMPUR 15 Julai - Pengurus Agensi Jodoh, Zainudin Md. Jaafar menga­kui ‘pening’ dengan panggilan telefon yang bertalu-talu selepas Utusan Malaysia menyiar­kan laporan bertajuk Wanita utara pilihan lelaki jadikan isteri.

Zainudin berkata, sejak Selasa lalu, dia tidak henti-henti dihujani panggilan telefon berkenaan perkhidmatan ditawarkan yang majoritinya dalam kalangan wanita.

Katanya, selang sehari selepas laporan itu disiarkan juga, dia telah ke Arau, Perlis untuk menemui pelanggan yang mahu menggunakan perkhidmatan mencari jodohnya.

“Sejak keluar laporan tersebut, ramai yang hubungi saya, terutamanya wanita, sampai pening saya melayannya.

“Kelmarin saya pergi ke Arau, ada anak dara minta bantuan untuk carikan jodoh. Hari ini pula ada beberapa lagi pelanggan di Putrajaya, Selangor mahu berjumpa dengan saya.

“Nampaknya laporan itu telah memberi kesan terutamanya kepada wanita yang sedang mencari jodoh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia pada Selasa lalu menyiarkan laporan yang memetik Zainudin bahawa wanita utara menjadi pilihan lelaki di negara ini untuk dijadikan isteri.

Selain negeri-negeri di utara, Zainudin yang berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang itu memberitahu, wanita Johor turut menjadi pilihan lelaki di negara ini.

Dalam pada itu, Zainudin me­ngakui, antara perwatakan wani­ta utara yang menarik minat kaum lelaki adalah kerana sifat mereka yang peramah.

Bagaimanapun, dia memberi amaran supaya tidak mempermainkan perasaan wanita utara kerana sukar meredakan kemarahan mereka.

“Mereka nampak peramah, tetapi jangan sampai buat mereka marah. Kalau marah, habis kita kena ‘bahasa’ dengan mereka.

“Selain itu, saya juga bimbang disebabkan laporan ini, wanita utara akan meletakkan hantaran kahwin tinggi, sebab mereka menjadi pilihan lelaki,” katanya berjenaka.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/wanita-cari-jodoh-bertambah-1.354181#sthash.bXCi1Wi7.dpuf

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...