Klik aje le

Sunday, August 21, 2016

Daniel perlu RM23,000 untuk pembedahan


Najiha bersama anaknya, Mohd Daniel menunjukkan surat pengesahan doktor yang memerlukan kos pembedahan sebanyak RM23,000.

NORJULIANA YAACOB
21 OGOS 2016


PADANG BESAR - Kanak-kanak Mohd Daniel Iskandar Mohd Khairul, 9, yang mengalami masalah jantung berlubang, memerlukan dana sebanyak RM23,000 bagi membolehkannya menjalani pembedahan.

Menurut ibunya, Najiha Saidin, 28, sejak disahkan menghidap masalah jantung, Mohd Daniel juga kerap mengalami demam dan tidak dapat ke sekolah.

“Badan dia kerap panas dan selalu kelihatan lemah.

"Pada 11 Ogos lepas, saya bawa anak pi buat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dan doktor sahkan perlu jalani pembedahan segera.

“Terkejut saya bila doktor kata kos pembedahan RM23,000. Mana nak cari duit sebanyak tu, sedangkan duit untuk pergi mendapatkan rawatan pun pihak Baitulmal yang berikan sebanyak RM400 untuk kos kenderaan,” katanya.

Bapanya, Mohd Khairul Anuar Ishak, 29, merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Saya tak boleh bekerja sebab kadang kala saya ‘sakit’ tapi saya ada ambil upah mesin rumput,” katanya.

Ditanya bantuan yang diterima keluarga ini, Najiha berkata, suaminya mendapat RM200 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Orang ramai yang ingin membantu Mohd Daniel boleh salurkan sumbangan ke Bank Simpanan Nasional 0920029000150826 atas nama Mohd Khairul Anuar Ishak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...