Klik aje le

Saturday, August 13, 2016

Hokkien Malaysia sengaja cetus api permusuhan



August 12, 2016
KUALA LUMPUR, Jumaat – Tindakan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia melancarkan kempen mengumpul sejuta tandatangan orang bukan Islam untuk menolak pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah hanya bertujuan mencetuskan api permusuhan.

Ketua Penerangan Perkasa, Hassan Basri Muhammad berkata, Hokkien Malaysia yang disokong parti perkauman MCA itu sengaja bermain api kerana cuba mencampuri hal ehwal agama Islam.

“Telah dijelaskan berkali-kali dan Perkasa sangat yakin pihak terbabit mengetahui bahawa pindaan Ak­ta 355 bertujuan memperkasakan kuasa Mahkamah Syariah dan hanya dikhususkan untuk orang beragama Is­lam tetapi mengapa masih mahu bermain dengan api pemusuhan”

“Apakah pihak berkenaan pe­kak atau tidak boleh berfikir sehingga berusaha menganjurkan kempen mengumpul tandatangan untuk menentangnya?

“Atau mereka ada agenda tersembunyi iaitu untuk melihat pada akhirnya kerajaan terpaksa tunduk,” katanya dalam satu kenyatan.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Hokkien Malaysia yang mendakwa mereka yakin dapat mengumpul sejuta tandatangan daripada rakyat Malaysia bagi menentang usaha meminda Akta Mahkamah Syariah.

Presiden Hokkien, Tan Sri Khoo Chai Kaa memaklumkan kempen yang dilancarkan pada Jun lalu itu telah mengumpul 400,000 ribu tandatangan.

Dia juga memberitahu bahawa persatuan itu turut menyasarkan lagi 1,000 tandatangan daripada NGO dan kira-kira 100 daripada persekutuan lain.

Khoo berkata, selepas 20 September, tandatangan akan dikumpulkan dan diserahkan kepada semua 222 Ahli Parlimen.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...