Klik aje le

Friday, August 5, 2016

*Kunjungan Pemuda PAS Malaysia Bersama Super KIP*


Oleh : Zulhafeez Ahmad Zahidi

*KAMPUNG GAJAH*: Kejayaan seorang anak muda Kampung Gajah, dalam pelumbaaan Moto3 GP di Argentina dan Jerman melakar satu sejarah bagi salah seorang graduan lepasan PASTI itu.

Pemuda PAS Malaysia yang diketuai oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz telah mengunjungi beliau di kediaman keluarganya bersama beberapa orang pimpinan untuk menghargai kejayaan anak muda itu.

Antara pimpinan yang turut serta bersama Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khairuddin, Exco Pemuda PAS Malaysia, Ustaz hafez Sabri, Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamarudin dan Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Salak, Ustaz Mustafa Shaari serta beberapa pimpinan pemuda kawasan setempat.

Khairul Idham Pawi atau lebih mesra dengan panggilan Keon meneriman kunjungan tersebut walaupun ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan.

Bapa beliau berkongsi detik-detik kejayaan dan perjalanan anaknya untuk berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa.

Ustaz Nik Abduh mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada beliau dan nasihat kepadanya untuk terus menjaga adab dan tatacara sebagai seorang Muslim walau di mana sahaja berada.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...