Klik aje le

Thursday, August 18, 2016

Perlaksanaan Syariat Wajib Diutamakan

 

August 18, 2016 11:23 am
Oleh : Abdul Mu’izz Muhammad

Mereka cuba mengesampingkan perlaksanaan undang-undang Islam dengan beralasan bahawa ia bukanlah satu-satunya syariat Islam. Kata mereka, banyak lagi syariat Islam yang lain. Utamakan keadilan, kerana itu adalah perlaksanaan syariat yang utama dan besar.

Apa yang terlintas:

● Tiada sesiapa yang mendakwa bahawa undang-undang Islam adalah satu-satunya syariat. Sebaliknya ia adalah sebahagian dari syariat Islam yang tidak boleh ditolak.

● Solat, puasa, sedekah, nikah, berpolitik dll semuanya merupakan sebahagian dari syariat Islam. Namun tiada siapa yang berani mengesampingkan arahan-arahan tersebut atas alasan ‘itu semua hanya sebahagian dari syariat Islam’.

● Sikap mencipta alasan dan selektif terhadap arahan-arahan Allah merupakan sikap yang mencederakan iman.

● Melaksanakan keadilan merupakan ayat yang salah kerana keadilan bukan perlaksanaan. Sebaliknya ia adalah hasil yang tercerna setelah melaksanakan aturan-aturan Islam di setiap urusan. Sebagai contoh, masalah jenayah negara perlu dibendung dengan melaksanakan hudud, qisas dan ta’zir demi mengembalikan keadilan kepada semua.

● Kata-kata mereka bermotif jahat. Umpama mengejek orang yang sedang bersiap mendirikan solat, tiba-tiba mereka berkata “Buat apa sibuk-sibuk solat, banyak lagi syariat yang lain”. Jelas motif mereka ingin mengajak orang ramai agar meringankan, melengahkan akhirnya meninggalkan terus komitmen terhadap syariat Islam.

● Yang lebih mengecewakan, sikap beralasan mereka menyebabkan mereka menghalakan serangan dan prejudis terhadap gerakan Islam yang konsisten memulihkan negara dengan undang-undang Tuhan.

● Laras bahasa mereka lebih dilihat sebagai terjemahan kepada konsep sekular.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...