Klik aje le

Saturday, August 13, 2016

RUU Pindaan Akta 355 Dapat Sokongan Padu Rakyat





WAKAF BHARU– Ribuan orang ramai membanjiri ruang legar berdekatan PKT Wakaf Bharu minggu lalu bagi mengimarahkan Majlis Solat Hajat Perdana dan Himpunan Sempena Menyokong RUU Pindaan Akta 355.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah dan telah diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob.


Seusai solat Maghrib, sesi tazkirah telah disampaikan oleh Tuan Guru Haji Nik Razi Nik Mat diikuti pelaksanaan solat hajat yang dipimpin oleh Dato’ Ustaz Haji Nik Abdul Kadir Mihammad, Timbalan Mufti Negeri Kelantan.

Kemudian, majlis diteruskan dengan siri-siri ucapan dari saff kepimpinan serta bacaan ikrar dari pelbagai NGO bersama para hadirin.

Kehadiran orang ramai dari segenap masyarakat membuktikan sokongan padu mereka terhadap usaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam perlaksanaan syariat termasuklah usaha pindaan Akta 355 di Parlimen.

Malahan, pindaan ini turut mendapat sokongan dari beberapa NGO bukan Islam di dalam satu sidang media khas yang telah diadakan baru-baru ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...